Thursday, October 8, 2009

berita kematian

pagi tadi lebih kurang jam 6 lebih aku dapat mesej daripada akak sulung aku katanya pakcik aku (adik ipar mak aku la) yang stay kat selatan tanah air meninggal dunia... arwah ni memang dah lame kena angin ahmar (stroke) walau pun boleh cakap tapi tak jelas la dan kalau nak bergerak pun kena bantuan orang lain... inna lillahi wa inna ilahi rajiun... Al Fatihah.

teringat aku pada saat-saat kematian yang kita sendiri tak tahu bila akan datang seperti tetamu yang tak diundang datang sekejap membawa duka kepada semua orang. tak kiralah waktu bila, di mana, dalam keadaan apa sekali pun bila dah sampai janjiNya pasti akan tiba takkan terlambat mahupun tercepat sedikit.

baru-baru ini pun kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi dan banjir serta tanah runtuh di beberapa negara jiran terdekat. sehingga hari ini dada-dada akhbar masih lagi melaporkan setiap angka kematian dan kemusnahan yang berlaku. kita kat sini harus bersyukur kerana walaupun kita juga terasa gegarannya tapi tiada angka kematian dilaporkan dan peristiwa Tsunami 2005 juga seharusnya jadi peringatan buat kita semua agar jangan lupa bahawa ada yang lebih Maha Berkuasa daripada segalanya...

Wednesday, October 7, 2009

salam perkenalan dari ku

dari pelangi malam yang mencari sinar rembulan

agar dapat menumpang terang di kelam malam

tidak lagi bersembunyi di sebalik kerdipan bintang

jauh bercahaya bertaburan di dada langit malam